SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

Search This Blog

Sunday 8 November 2015

IBADAT SUNAT KETIKA QIAMULLAIL

SOLAT TAUBAT


Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat;
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi;
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan;
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya; dan
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba.







Masa (waktu) Melaksanakan Taubat :


Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran. Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada setiap mukmin untuk segera bertaubat pada bila-bila masa sahaja.  Ini kerana kita tidak tahu bila kita akan kembali (mati) ke hadrat Allah SWT, mungkin seminit lagi, 2 minit lagi .... Mudah-mudahan Allah SWT akan menerima taubat yang dilakukan.


Amat paling penting ialah kita perlu membangkitkan jiwa  untuk segera bertaubat tanpa berlengah-lengah lagi dengan sentiasa mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur yang merupakan perkara yang amat pasti tanpa mengira umur, sama ada muda atau sudah tua. Bila? Tak usahlah dibicarakan, yang pastinya kita perlu berusaha bersungguh-sungguh mengerjakan amalan yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang dilarang-Nya. Mungkin kita telah banyak kali melakukan pelbagai perkara yang salah seperti tidak menutup  aurat dan sebagai-sabagainya. Persoalan dan perkataan mengenai "mati" adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati bererti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai bermula terputusnya segala nikmat dunia. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak-anak atau isteri atau suami, sempat juga kita mengalirkan air mata kesedihan, apatah lagi berpisah untuk selamanya. Tetapi perkataan 'mati' itulah nasihat yang terbaik bagi kita ummat muslimin (ummat Rasulullah SAW). Begitu juga apabila diberikan sakit oleh Allah SWT, maka ianya berkait rapat dengan kematian. Walau bagaimana keadaan pun sakitnya sama ada kritikal atau tidak, marilah bertaubat kepada Allah SWT, jika tidak mampu berdiri maka boleh dikerjakan dengan duduk, atau baring atau dengan isyarat selagi kita masih sempurna akal. Mudah-mudahan segala kesalahan yang telah dilakukan (sama ada secara sedar atau tidak)  diterima oleh Allah SWT. Itulah harapan hamba yang beriman.



Cara melaksanakan Solat Sunat Taubat :

Cara melaksanakan Solat Sunat Taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci dengan menghadap kiblat;
  • Waktu melakukan Solat Sunat Taubat – Pada bila-bila masa sahaja   (sama ada malam atau pun di siang hari) sebaik-baik sahaja merasakan diri telah mengengkari  suruhan Allah SWT atau telah membuat kesalahan kepada Allah SWT (sebagai contoh ialah tidak menutup aurat, melakukan dosa-dosa kecil lain mahu pun dosa besar), kecuali pada waktu makruh tahrim untuk melakukan solat. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.
  • Lafaz NIAT


    أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
    Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

  • Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun 
  • .Rakaat KEDUA-  Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kedua-dua Surah  (Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas) adalah bacaan sunnah Rasulullah SAW. Pahalanya seolah-olah seperti membaca 'Khatam Al-Qur'an 30 juzuk
Terdapat juga para guru dan orang-orang 'alim mengajarkan di Rakaat Pertama selepas membaca Surah Al-Fatihah maka baca ayat Al-Kursi sebanyak 11 kali, manakala di Rakaat Kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah maka bacalah ayat Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali).

  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, jika mampu, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala):


  • لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

    Ertinya:
    Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada   melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!  Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi   diri sendiri
  • Selepas salam, perbanyakkan Istighfar  sebanyak 100 kali, atau yang semampunya,
أسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأتُوبُ إلَيْه      

Ertinya:
Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.

  • Selepas itu, jika mampu lagi bacalah tasbih memuji Allah SWT 100 kali, atau yang semampunya,
الْعَظِيمَ  سبحان الله

Ertinya:
Maha Suci Allah Yang Maha Agong.

  • Selepas itu, jika mampu lagi ucapkanlah (seberapa yang mampu):

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،

لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحيـي وَيُمـيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Ertinya:
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa, 
tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja. 
Dialah yang menghidupkan 
(orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) 
dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

- Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);



 الْعَظِيمِ  بِاللَّهِ   إِلَّا   قُوَّةَ   وَلَا  حَوْلَ لَا

Ertinya
 "Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".



- Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini (mengikut kemampuan):



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ 


Ertinya:
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"





  • Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan dengan bahasa yang paling mudah atau dengan Penghulu Istighfar sebagaimana berikut:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،


وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ،


أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ،


أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،


 وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Ertinya
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

No comments:

Post a Comment