Sebaiknya
kita memahami apa itu zikir. Zikir bermakna mengingati. Mengingati
bermakna menumpukan pemikiran terhadap sesuatu perkara. Dan itu
dinamakan zikir. Apabila bercakap mengenai zikir kepada ALLAH, maknanya
memusatkan pemikiran hanya kepad ALLAH.
Zikir munajat tanda ingatan hambanya kepada penciptanya Allah, memohon ampun dosa-dosa yang telah dilakukan ketika waktu tenang, hening malam dan terasa hati ini dekat kepada penciptaNya.
Zikir
munajat atau zikir harian ini boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja.
Selalunya kita baca? semasa qiamullail. Baca sorang2 pun boleh, tapi
kalau baca ramai-ramai dapat merasai kekuatannya dan rasa seronok.
Cara untuk berzikir.
Dimana
sahaja, mengikut apa sahaja style korang sekalipun, cara berzikir
adalah bebas. Bukan bererti korang terpaksa untuk melafaskan zikir lazim
seperti Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ila Ha Illa ALLAH HU AKHBAR
itu baru dinamakan zikir.
Asal ada sahaja point utama, iaitu mengingati ALLAH, ia dipanggil zikir. Jadi, cara berzikir adalah bebas asalkan syarat utamanya di penuhi, iaitu penumpuan kepada ALLAH.
Secara praktisnya, lidah sebut, akal tumpu , hati ingat. Ada orang berkata zikir ALLAH memang nampak mudah, tapi camne nak satukan dengan hati dan akal. Ya, mudah sahaja sebenarnya. Apabila korang zikir ALLAH masa tu korang kena rasa kalimah ALLAH tu berdegup dalam hati korang.
Menganggap
kecil dan meremehkan pekerjaan berzikrullah ini bermakna samalah
menganggap kecil dan meremehkan Al Quran dan hadis dan kalau memperlekeh
serta menolak pekerjaan berzikir ini samalah jua memperlekeh dan
menolak Al Quran.
No comments:
Post a Comment