SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

Search This Blog

Sunday 1 November 2015

Qiamullail








Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


A001
Wahai orang yang berselimut!.

A002
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

A003
Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

A004
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

A005
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

A006
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

A007
(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;

A008
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

A009
Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

A010
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.






SEBAB NUZUL AYAT

Menurut ulama' tafsir, peristiwa tersebut berlaku apabila Rasulullah didatangi oleh Jibrail a.s. pada kali pertama di Gua Hira' dimana Baginda sangat terkejut lalu Baginda terus pulang kerumah dalam keadaan ketakutan dan berkata kepada isterinya: "selimutkan aku, selimutkan aku..."


Kemudian Allah menurunkan ayat berikut:





 

KAEDAH ISTINBAT HUKUM

Para Ulama' mengistinbatkan hukum WAJIB qiamulail berdasarkan ayat-ayat dalam surah al-Muzammil iaitu "Qummillail"......'lafaz Qum' dalam ayat adalah 'Fi'lul Amr' yang menunjukkan perintah wajib. Kewajipan ini berjalan selama setahun. Kemudian ia dimansuhkan dengan ayat ke-20, surah yang sama dan menjadikan hukumnya SUNAT kepada para sahabat dan orang mukmin TETAPI tetap menjadi wajib bagi Rasulullah s.a.w.







DEFINISI QIAMULAIL

Bangun pada waktu malam selepas tidur dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah.



HUKUM QIAMULAIL 

Pada asalnya, wajib ke atas Rasulullah dan para sahabat untuk bangun qiamullail pada setiap malam. Hukum tersebut adalah berdasarkan ayat pertama dalam surah muzammil, namun ianya telah dimansuhkan oleh ayat 20 dari surah yang sama iaitu:






Maksudnya: "Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".



Berdasarkan kepada ayat tersebut, maka qiamullail menjadi sunat muakkad kepada para sahabat dan orang mukmin tetapi tetap wajib kepada Rasulullah s.a.w.




KELEBIHAN QIAMULLAIL

  1.  -Waktu ibadah yang paling baik 
  2. - Waktu yang paling hampir dengan Allah
  3. - Iman akan bertambah kuat dan mantap
  4. - Memperoleh kehebatan diri
  5. - Mendapat kemuliaan didunia dan akhirat
  6. - Dimurahkan rezeki
  7. - Tenang hati dan fikiran
  8. - Dimakbulkan doanya








Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud;“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” 

(Hadith riwayat Muslim)





info lain, layari:

#HEBATNYA QIAMULAIL

No comments:

Post a Comment